Belasungkawa | PM ucap takziah pemergian Tengku Ahmad Rithauddeen

2022-04-30 0

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham bekas Menteri Pertahanan Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail.

Dalam satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, Allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.